Check out this great video
Blog portal ini dimiliki oleh keluarga Aidil Hakimi yang merupakan pesakit Psoriasis (Pso) sejak berumur 14 tahun. Kini Aidil sudah berumur 21 tahun. Perjuangan merentasi waktu selama lebih 6 tahun, bukannnya mudah dalam hal mendiognos, menjaga, mengubati, mendidik, memberi motivasi, berikhtiar tanpa jemu – bertemu pakar dan mencari ubat di seluruh ceruk dunia. Kami menyaksikan bagaimana Pso ini bermula dan bagaimana ia berkembang dan menjadi teruk-seteruknya sehingga meliputi hampir 95% daripada kulit seluruh tubuh.
Dan kami juga menjadi saksi bagaimana seganas-ganas serangan Pso ini, akhirnya dengan kuasa Tuhan Yang Maha Esa, Yang Menyembuh, ia mengucup, mengecil dan kemudiannya menghilang. Harapannya ia terus menghilang tanpa menjelma lagi. Aminn. Ujian dihadapi cukup berat untuk menanggung.
Hanya mereka yang pernah bergelombang dengan masalah Pso ini yang benar-benar boleh memahami penyakitnya. Bagaimana Pso boleh berkembang tanpa sebab munasabah, dalam situasi yang tidak disangka-sangka tanpa persediaan dan tanpa diketahui puncanya.
Hasrat kami dengan sekelumit pengalaman ini boleh dikongsi oleh yang menderita. Boleh dijadikan panduan bagi yang mencari dan boleh diamalkan bagi yang serasi. Kami cukup memahami bukan mudah untuk didepani hari esok dengan kulit yang berbintik-bitik, berkeping-keping dengan kulit kecilnya jatuh ke lantai bak salji putih berterbangan.
Rawatan Aidil ini kami lakukan dengan penuh berhati-hati, berasaskan pandangan pakar, doctor yang merawat, pengalaman pesakit-pesakit, berberdasarkan info-info yang kami cari, selidiki dan tak lupa mengambil pandangan pengubatan tradisional dan alim ulamak.
Input dan info ini kami kumpul dan gabungkan menjadi satu rumusan kalaupun tidak dikatakan sebagai protocol perubatan, ia boleh dianggap sebagai guideline, aturan hidup harian, pola pemakanan, ubat yang sesuai, minuman yang sesuai, serta gabungan antara doa ramai yang tidak pernah putus.
Sebelum itu, mari kita fahami apa itu psoriasis menurut fahaman pakar perubatan.
Psoriasis adalah penyakit radang kronik dan bersifat autoimun (penyakit yang muncul sebagai akibat dari reaksi sistem kekebalan atau sistem imun tubuh) yang terjadi pada kulit yang dapat di lihat dari tanda kulit yang berwarna putih, perak, atau merah bersisik tebal di pelbagai bahagian tubuh terutama pada kaki, punggung bawah, lutut, siku, tangan, dan kulit kepala.
Pso adalah penyakit tidak berjangkit biasanya terjadi pada orang dewasa, walaupun ada juga beberapa kes pada anak-anak dan remaja. Gangguan pada kulit ini disebabkan oleh faktor persekitaran, serangan kekebalan tubuh (autoimun) karena jumlah limfosit yang tidak normal, dan sistem kekebalan tubuh yang terlalu aktif. Psoriasis disebabkan oleh proliferasi atau penyebaran sel-sel kulit yang sangat cepat. Psoriasis boleh bersifat ringan, sedang, ataupun berat. Pesakit yang teruk dapat dilihat dari gejala seperti kulit tebal, merah, dan bersisik pada seluruh tubuh mereka.
Kajian terbaru menunjukkan bahawa pesakit Psoriasis memiliki risiko yang lebih tinggi untuk terkena penyakit jantung, diabetes, dan penyakit darah tinggi atau hipertensi.
Di Malaysia Persatuan Psoriasis Malaysia (2019) menganggarkan, jumlah pesakit Pso ini antara 500,000 – 800,000.
Secara mudah difahami, Pso ini adalah penyakit autoimmune dan ada kaitan dengan masalah hati yang tidak berfungsi dengan sempurna. Ibaratnya, badan tidak menyerang musuh sebenar, tapi menyerang team sesama sendiri.
Namun definasi pengamal tradisional agak berbeza. Ada yang beranggapan, ia adalah kesan ‘santau’, ada yang kata buatan orang dan pelbagai istilah lain. Namun, kami lebih cenderung untuk memilih pandangan perubatan yang telah membuat kajian saintifik mendalam tentang penyakit ini kerana penyakit ini tidak hanya menyerang kaum dan bangsa tertentu sahaja. Psoriasis ini adalah penyakit yang berlaku di semua tempat, negara dan mana-mana etnik
Aidil disahkan ada Pso ini pada usia 14 tahun (bersekolah di asrama penuh di Kajang). Bermula awalnya hanya beberapa tompok kecil. Kami dapati beberapa faktor boleh menjadi penyumbang antaranya tekanan belajar, makanan yang tidak seimbang (kerana Aidil tidak suka makan sayur dan buah) dan mungkin juga persekitaran asrama dan tempat tidur. Kami ke sebuah klinik swasta di KL, dan doktor pakar telah prescribe beberapa ubat (yang semuanya ubat kimia/drug/streroid). Pakai beberapa hari terus hilang dan kami gembira dengan perkembangan positif. Kos ubat agak mahal sekitar (RM600) yang hanya boleh bertahan kurang sebulan.
Bila Aidil berhenti menggunakan ubat-ubat ini, Pso nya telah menjadi lebih teruk, naik tiga kali lebih banyak dari yang pertama. Dan kami perlu guna ubat-ubat ini lagi setiap waktu. Selama lebih 3 tahun kami bergantung sepenuhnya pada ubat-ubat ini. Keadaannya ada kala surut ada kala naik dan begitulah selama beberapa tahun. Dan kami lihat kulit yang disapu ubat-ubat ini semakin menipis seperti hilang satu lapisan dan lapisan.
Situasi ini menjadikan kami berfikir, sampai bila harus kami meneruskan dengan ubat-ubat ini? Bukan hanya kosnya mahal setiap bulan tapi juga kesan-kesan lain kerana harus digunakan selama-lama kerana menurut definasi perubatan moden, penyakit ini tidak akan sembuh sampai bila-bila. Dalam waktu yang sama Aidil masih di usia belasan tahun. Tak mungkin perlu menggunakannya setiap waktu sampai tua. Tak kan ubat-ubat ini tiada kesan sampingan?
Dari situ kami mula menyelidiki nama-nama ubat, cara kerja, cara ambil dan kesan-kesan sampingan untuk jangka pendek dan jangka panjang. Terfikir juga jika perlu diambil selama 20 tahun, bagaimana?
Info-info dalam google rupanya berlambak-lambak tentang ubat-ubat ini. Boleh baca di link di bawah ini sebagai bahan tambahan ilmu.
https://www.medicalnewstoday.com/articles/323548.php#alternative-treatments
https://www.webmd.com/skin-problems-and-treatments/psoriasis/psoriasis-treatments-side-effects#
dan dalam tulisan link ini lebih menarik:
https://www.healthline.com/health/psoriasis/oral-medication-for-psoriasis#acitretin
Akhirnya kami memutuskan untuk tidak bergantung sepenuhnya pada ubat-ubat ini kerana setiap kali berhenti, Pso Aidil akan flare berkali-kali ganda dari biasa. Jadi Aidil perlu menggunakannya setiap masa tanpa berhenti. Persoalannya sampai bila? Mungkin badan Aidil sensitif atau alergi dengan mana-mana ubat ini. Maka kami menyelidiki lagi lebih mendalam. Kami mula explore lagi mendalam ubat2 ini jika digunakan dalam tempoh jangka panjang. Antara hasil carian tentang ubat2 yang Aidil pakai adalah seperti di bawah: Contoh analisa side effect: Side effects of acitretin
Side effects of cyclosporine
Other risks of cyclosporine
Corticosteroids: These powerful drugs ease inflammation and can help a lot. But you shouldn't use them over a long period. They can make your skin thinner and may stop working as well.Vitamin D: Topical treatments that have vitamin D, like calcipotriene and calcitriol, can irritate your skin.Anthralin: This medicine makes skin cells grow more slowly and helps get rid of scales. The most common side effect is skin irritation. It also can stain your skin as well as clothing, fabric, and even hard surfaces. It's best to let it stay on your skin only for a short time and then wash it off.Tazarotene: This is a retinoid cream, which means it's made from vitamin A. It can irritate your skin and make you more sensitive to sunlight. It's not recommended for women who are pregnant or plan to get pregnant because it can raise your chances of having a child with certain birth defects.Salicylic acid: This helps get rid of dead skin cells. It also may irritate your skin. If you use it on your scalp over a long period, it could make your hair weak and possibly fall out.Coal tar: This thick, black byproduct of coal can slow down the growth of skin cells, ease inflammation, help with itching and scaling, and make your skin look better. But it also can irritate and dry out your skin and make you more sensitive to sunlight.
Dalam air pun boleh berpeluh bila baca detail kesan sampingan ubat-ubat ini.Dengan kata lain, penggunaan ubat drug ini perlu betul-betul mendapat nasihat yang terbaik dari Doktor dan mungkin doktor biasa (yang kurang arif) tidak dapat memberikan prescribe yang tepat terhadap cara penggunaannya. Mungkin juga boleh berlaku kecuaian dan pelbagai factor lain.
Hasil dari penelitian fakta-fakta ini, kami cuba dapatkan pandangan kedua samada daripada rawatan alternatif, rawatan tradisional, natural/semulajadi dan herba atau mana-mana cara rawatan lain yang sesuai.
Di Malaysia rupanya rawatan alternatif selain penggunaan ubat drug ini amat sedikit malah sukar dicari. Kalau adapun di kilinik swasta, harganya tidak murah. Tidak semua mampu. Itupun belum tentu berkesan untuk jangka panjang. Rawatan tradisional pula kurang meyakinkan kami terutama bila dikaitkan dengan santau, jin-jin dan lain-lain kerana Aidil masih anak muda. Kami lebih mengenali anak kami. Produk-produk online yang pernah kami cuba termasuk tanah liat, herba-herba dengan bermacam-macam jenis nama. Kami cukup particulars dengan produk yang tidak memiliki kelulusan Kementrian Kesihatan kerana melibatkan keabsahan produk, syarikat pengeluar, keberkesanan dan kesan sampingan lain.
Kami cuba explore beberapa iktiar lain. Antaranya rawatan berasaskan Ayurveda and Hemopathy oleh pakar. Sessi penerangan yang diberikan oleh pakar Ayurveda dan Hemopathy kami rasa lebih jelas tentang masalah sebenar penyakit Pso ini yang ditekankan pada permasalahan pokok iaitu masalah hati yang tidak berfungsi secara normal. Kami juga diberikan ubat-ubat yang sesuai dan perubahannya kelihatan positif. Namun ia hanya bertahan beberapa bulan sahaja. Badan Aidil sepertinya cepat immune dengan rawatan ini. Jadi kami beralih dengan beberapa rawatan lain. Bila diteruskan, ubat-ubat ini tidak berkesan lagi.
Antara perubatan lain yang kami iktiarkan adalah, tulang ikan yu (yang kami beli terus dari pengilang/pengeluar di Surabaya, Indonesia) kebetulan ownernya adalah sahabat kami. Pso bertahan dan tidak ‘mengamuk’ seperti sebelum ini. Tapi sekali lagi hanya bertahan beberapa bulan. Seterusnya kami beralih pula kepada susu kuda liar yang kami beli terus dari Belanda (berbentuk kapsul). Juga hanya bertahan beberapa bulan. Begitu juga dengan produk Gamat. Tak serasi mana.
Kami kemudiannya beralih kepada perubatan Tradisonal Cina (TCM). Bertemu beberapa “sensei’ di kedai-kedai ubat Cina termasuk di Jalan Ipoh yang dikatakan ada ubat terbaik Pso ini. Bila bertemu dan dibagi ubat, kami sama sekali tidak yakin apakah itu benar2 ubat herba kerana kesannya seperti steroid apa lagi tiada apa-apa label dan kelulusan KKM.
Berbakul-bakul ubat dibeli tersimpan. Daripada ubat drug specialist berbotol-botol, pelbagai jenis herba, rawatan Ayurveda, homeopathy dan lain-lain. Umpamanya dah boleh buat pameran antarbangsa.
Kemudian kami terbaca review yang cukup ramai dan menyakinkan dari seluruh dunia tentang produk dari China berjenama XXXX yang diclaim 100% herba. Kami beli dan gunakan. Cukup cepat berkesan dan hilang masalah di kulit. Tapi kami dapati ia cukup cepat bertindak dan kulit menjadi semakin nipis. Kami mensyaki produk ini mesti mengandungi steroid dengan dos tinggi. Dan jelas selepas itu ada kenyataan dari MOH UK, yang mengharamkan produk ini di UK.
A skin cream claiming to be a natural Chinese herbal remedy for treating eczema, contains a potentially harmful steroid and should not be used, warns the Medicines and Healthcare products Regulatory Agency (MHRA). Boleh lihat di link ini: https://www.gov.uk/government/news/herbal-skin-cream-found-to-contain-steroids
Kami sekali lagi cuba ke kedai ubat Cina dan explore mana-mana herba yang sesuai di sebuah kedai herba Cina di Kelantan. Kami diberikan ubat sapu BERJENAMA ALOVERA dan ada kelulusan KKM. Kami beranggapan ini produk natural berasaskan Alovera. Tapi sebenarnya hanya nama Alovera. Menggunakan produk ini juga memberi kesan cepat hilang, tapi lama-kelamaan (tak sampai pun sebulan) yang hilang tadi naik balik malah flare dengan lebih ganas.
Kami tetap meneliti apakah kerana pengambilan mana-mana ubat sebelum ini menjadi penyumbang kepada pertambahan masalah kulit yang serius. Ada analisa yang mendedahkan hal ini:
Certain medications can interfere with the body’s autoimmune response and cause inflammation, which can trigger psoriasis. These medications include:
Produk-produk yang dijual online dan tiada kelulusan KKM yang di claim herba tapi sebenarnya mengandungi bahan terlarang terutama steroid. Tidak dapat dipastikan berapa dos yang diletakkan dalam setiap produk kerana steroid ini hanya boleh di presecibe oleh doctor dan pakar. Kami sama sekali hilang keyakinan pada produk yang diclaim “berasaskan herba” boleh “menyembuhkan”yang banyak menipu pengguna. Memang akan kelihatan kesan yang cepat, tapi kesan sampingannya juga lebih teruk dan akan flare berkali-kali lebih banyak dari biasa – untuk kes Aidil ini.
Setelah penggunaan “ubat kedai Cina” ini, Pso Aidil semakin mengganas. Kalau dulu hanya kurang dari 5% kini merebak ke seluruh badan dan bintik-bintik kecil mulai keluar.
Aidil kembali ke kampusnya di Pahang dan kebetulan beberapa minggu lagi Aidil akan menghadapi peperiksaan. Bidangnya Automotif Engineering yang mencabar juga. Mungkin kerana tekanan pembelajaran (stress), ditambah dengan tompokan kemerahan selurh tubuh ‘flair’ yang semakin teruk, Pso kelihatan semakin ganas. Hampir menutupi 95% tubuh. Kami tidak dapat hubungi Aidil dan tidak tahu perkembangannya. Hanya setelah beberapa lama barulah dapat dihubungi dan Aidil menunjukkan Pso nya sudah ‘merayap’ ke seluruh tubuh. 10 hari Aidil tidak keluar bilik (bertapa dalam bilik dan hanya tidur sehingga berbelas jam – kerana tertekan katanya atau mungkin memasuki tahap depression). Keadaan menjadi semakin parah sehinggalah kami ke Pekan, Pahang melawat Aidil dan terus membawanya balik ke KL.
Kami kemudiannya ke Hospital dan bertemu doctor pakar. Doktor prescribe ubat sapu serta beberapa ubat lain (yang sudah digunakan sebelum ini malah masih ada dalam simpanan) Ubat2 ini sudah kami gunakan sebelum ini dan sepertinya sudah immune dengan badan Aidil. Kami gunakan beberapa hari, tapi setelah itu tompokannya semakin teruk menyeliputi seluruh badan.
Sesekali pasrah juga dengan keadaan ini. Tapi apapun, life must go on. Ikhtiar harus diteruskan dan usaha perlu dilipatkan. Nak sebut kecewa tak kan selesaikan masalah. Jadi kami terus mencari dan meneroka ikhtiar lain. Kami mengambil keputusan merawat Aidil di rumah berbekalkan sedikit ubat herba, sedikit pengalaman dan pengetahuan.
Foto-foto di bawah adalah foto sebenar waktu Pso menyerang seluruh tubuhnya.
Kami ada bertemu dengan beberapa pakar (professor) doktor perubatan tapi telah beralih kepada rawatan alternative dan buat juga kajian dari google.com. Beliau memberikan beberapa input penting dan berkongsi pengalaman tentang bagaimana mereka merawat pesakit kritikal termasuk kanser. Jadi tips- tips, fakta-fakta dan pengalaman pakar ini kami digest dan sesuaikan dengan keadaan Aidil. Antaranya Prof Dr Aziz as Safi, Dr Nordin (dari bicaranya di Youtube dan kumpulan BK (bekas pesakit Pso). Pelabgai input baru kami perolehi dan tips-tips penting. Antara yang dicadangkan adalah Diet Pemakanan. Pesakit perlu tahu apa yang mereka boleh makan dan apa yang tidak boleh. Jadi sumber-sumber dan tips-tips ini dijadikan sebagai panduan dan disesuaikan dengan keadaan Aidil. Yang penting makan tetap enjoy, tapi terkawal, tahu apa yang dimakan, tidak berlebihan dan tidak mengambil makanan yang boleh berpotensi trigger to flare.
Dari maklumat-maklumat ini kami kemudiannya buat jadual khusus harian pada Aidil. Antaranya adalah seperti di bawah:
Kawalan pemakanan dan diet
1- Aidil kami “kuarantinkan” di rumah. Semua makanan di masak di rumah;
2- Semua makanan berasaskan dalam tin, produk-produk segera di HARAMKAN begitu juga dengan makanan berminyak dan berlemak seperti roti canai, nasi lemak, nasi beriani dan lain-lain.
3- Makanan fast food Kfc, McD dan lain – diharamkan.
4- Ayam dan daging di kawal dan lebih banyak fokus kepada ikan, sayur dan buah-buahan.
5- Semua produk berasaskan kimia kami hentikan penggunaan termasuk sebarang minyak rambut, perfume, deodorant dan lainnya.
6- Sabun kami hanya gunakan sabun berasaskan 100% herba home made. Sabun dan shampoo biasa dihentikan.
7- Seharian tidak berada dalam pendingin hawa (air cond) termasuk bilik tidur. Biar panas sikit agar keluar peluh.
8- Berusaha untuk bangun awal-awal pagi dan melakukan aktiviti senaman secara berkala.
9- “paksa’ supaya lakukan jogging/senaman ringan pada awal pagi (8- 10 pagi) supaya berpeluh
10- ‘paksa’ supaya cahaya matahari mengenai kulit sekurang-kurang 30 minit sehari.
Di situasi ini kami dapati:
1- Pada awalnya peluh tidak keluar di bulu-bulu roma kerana Pso sudah meliputi hampir seluruh tubuh. Kulitnya menjadi tebal dan berlapis-lapis.
2- Susah untuk buang air besar
3- Kulit-kulit halus (snow skin) sentiasa luruh setiap waktu
4- Tubuh sentiasa letih dan tidak bermaya
5- Semangat dan motivasi hilang
Dan penelitian kami, pesakit Pso ini sebenarnya dikaitkan dengan masalah hati. Seperti tulisan Lisa W. Martin, yang kajiannya dimasukan ke dalam jurnal perubatan, "Nonalcoholic fatty liver disease seems to occur more frequently in patients with psoriasis,” said study co-author Lisa W. Martin, M.D., of George Washington Medical Faculty Associates. The study appears in the June 1 online issue of the journal. Ada dalam link di sini https://www.dermatologytimes.com/article/fatty-liver-disease-first-psoriasis
Secara mudah, masalah Pso ini terjadi kerana hati tidak berfungsi secara normal. Jadi kami fokus kepada penyelesaian masalah hati ini. Kami selidiki lagi lebih mendalam kaitan penyakit hati dan kaitannya dengan tompokan di kulit.
Dalam analisa medik, hati berperanan penting sebagai penghasil hempedu (bilirubin). Sebahagian besar hempedu yang dihasilkan oleh hati dialirkan ke tempat penyimpanan (penimpanan empedu), dan digunakan dalam proses pencernaan makanan.
Namun, bilirubin ini juga boleh juga disimpan di dalam kulit apabila fungsi hati tidak berfungsi secara optima. Bilirubin yang meningkat di kawasan kulit akan menjadikan rasa gatal. Selain itu, pesakit gangguan hati mengalami gejala berupa kulit dan mata yang menguning.
Dalam kajian di British Journal of General Practice, menyebutkan tidak semua pesakit penyakit hati selalu mengalami gejala kulit gatal (pruritus). Ini tergantung dari keadaan kesihatan yang dialami dan penyebab penyakit hati itu sendiri.
Kami juga menemukan pernyataan di bawah:
Since the function of the liver is so very complex, it should not come as a surprise that it can play a role in a vast array of diseases. Like so many problems, psoriasis has been treated symptomatically as a skin problem but research is now coming along which links it to more profound causes and suggests that addressing liver damage may be the best way to treat psoriasis.
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5209456/pdf/PG-11-25606.pdf
Psoriasis is a chronic inflammatory disease that affects the skin. Studies have shown that psoriasis is not merely a skin problem; psoriasis is linked with various comorbid conditions, especially obesity and metabolic syndrome [1–5], which are known risk factors for non-alcoholic fatty liver disease (NAFLD).
Previous studies have suggested links between psoriasis and health conditions such as obesity and metabolic syndrome that can lead to NAFLD, which can cause liver fibrosis and cirrhosis, and end-stage liver disease.
Metabolic syndrome can lead to heart problems and stroke. Its manifestations include high blood pressure, high cholesterol, excess abdominal fat, and other factors.
Many of those with moderate-to-severe psoriasis also have chronic liver disease, supporting the notion of a link between NAFLD and psoriasis.
Kajian menarik boleh dilihat di sini:
https://www.fattyliverfoundation.org/psoriasis
https://hellosehat.com/pusat-kesehatan/kanker-hati/kulit-gatal-karena-penyakit-hati/
Hasil pemerhatian pada fakta-fakta ini, kami melihat pada asasnya punca masalah psoriasis ini adalah kerana hati tidak berfungsi dengan baik sehingga memberi kesan buruk pada kulit. Jadi yang paling asas adalah perlu merawat hati dengan sempurna. Hati yang sihat dan berfungsi dengan baik tidak akan memberi kesan buruk pada kulit.
Produk herba Esulix ini adalah produk kami dan telah dijual sejak tahun 2009. Ada kelulusan KKM dan kami lakukan kajian saintifik bersama dengan sebuah Universiti tempatan. Namun kajian awal kami adalah terfokus kepada pesakit diabetes. Esulix telah melalui kajian yang panjang, ada kajian keracunan, kajian keberkesanan dan kajian perbandingan. Esulix telah digunakan oleh ribuan pesakit dengan data-data yang lengkap dan testimoni yang lebih dari 10,000 orang.
Namun sebelum ini, kami tidak pernah memberikan Esulix ini sebagai sebahagian dari rawatan pesakit Pso ini. Kami hanya fokus kepada pesakit diabetes dan juga untuk suplemen harian yang turut mampu menurunkan gula, trigliserida, HbA1c dan bacaan gula. Kami kemudiannya jadikan Esulix ini sebagai salah satu suplemen utama dalam protocol rawatan kerana fungsi Esulix juga ada kaitan dengan masalah hati yang kebanyakannya dihadapi oleh pesakit diabetes.
Dos yang kami berikan adalah 2 kapsul/hari. Dos biasa untuk pesakit diabetes adalah 2 x 2 kapsul/hari. Percubaan ini sebenarnya adalah ‘coincident’ dan keputusan dibuat kerana melihat kepada perkembangan positif mengambil Esulix yang mampu mengurangi masalah diabetes mereka.
Produk Esulix adalah berasaskan herba sepenuhnya. Info boleh diakses di sini, www.esulix.com. Antara bahan herba yang digunakan adalah, esktraksi cordyceps, peria katak, kayu manis dan biji buah peach. Kesan positif pengambilan Esulix ini adalah sama dengan kesan yang diperolehi oleh pesakit diabetes cuma tidak terfokus kepada masalah kadar gula yang tinggi.
Formulasi herba Esulix ini pada awal-awal kajian 10 tahun lalu, ada kajian yang berkaitan dengan fungsi hati dan didapati cukup signifikan untuk membantu pesakit diabetes. Namun kajian pada fungsi hati ini tidak dilanjutkan dan hanya difokuskan kepada pesakit diabetes.
Kedua – Esulix mempunyai kesan Detox yang baik. Pesakit Pso khususnya Aidil sukar untuk buang air besar (terutama waktu pso menyerang lebih 95% badannya). Pengambilan Esulix hanya 2 kapsul/hari menjadikan Aidil mudah buang air besar dan proses detox berlaku dengan lebih baik. Detox daripada pembuangan air besar dan kencing amat penting bagi memastikan trigliserida, lemak tidak baik, kolestrol dan kotoran dalam badan dapat keluar dan tidak tersimpan dalam badan.
Kemungkinan juga fungsi herba ini menjadikan ‘sensor’ serangan badan dapat difokuskan kepada musuh sebenar dan bukan menyerang sesama sendiri sehingga memberikan kesan pada organ kulit. Namun kajian lanjutan perlu kami lakukan.
OMEGA 3 6 DAN 9 SUPLEMEN TERBAIK PSORIASIS
Dalam satu kajian yang diterbitkan di Journal of American Academy of Dermatology tahun 2014, para pengkaji mendapati omega-3 mampu mengurangi gejala-gejala psoriasis.Dan di laman Medical News Today, penggunaan suplemen omega-3 mampu meredakan peradangan pada sel kulit.
Omega-3 adalah sebagian dari asam lemak yang memengaruhi banyak fungsi tubuh. Bermula dari pembekuan darah sehinggalah ke peringkat peradangan. Tubuh manusia tidak mampu menghasilkan omega-3, dan perlu diperolehi dari dari makanan atau suplemen.
Ada dua jenis omega-3 yang sangat penting yang mempergaruhi peradangan sel, iaitu DHA (Docosahexaenoic acid) dan EPA (Eicosapentaenoic Acid). Kandungan omega-3 inilah yang dikatakan mampu mengatasi psoriasis.
Dalam satu kajian, daripada 15 kali percubaan, 12 percubaan dengan pemberian omega-3 dosis tinggi menunjukan bahwa gejala-gejala psoriasis bisa membaik. Gejala psoriasis yang diatasi dengan pemberian omega-3 ini termasuklah berkurangnya kulit yang merah, kulit yang berkerak, dan rasa gatal.
Dalam penelitian tersebut ditemukan juga bahawa hasil ini akan efektif jika sudah rutin minum suplemen omega-3 setidaknya dalam waktu 3 bulan.
Sumber utama Omega 3 boleh diperolehi dari pada:
· Ikan salmon
· Ikan sarden
· Ikan makarel
· Chia seeds
· Telur, terutama yang diperkaya DHA atau ditulis telur omega-3
· Tiram
· Minyak sarden
· Minyak salmon
· Ikan teri
Dalam rawatan Aidil, kami menggunakan pelbagai suplemen Omega ini dan paling utama adalah kami gunakan minyak Sacha Inchi yang mengandungi Omega 3, 6 dan 9 dengan dos yang sesuai. Kebetulan sahabat kami adalah pengeluar produk Sacha Inchi yang berkualiti tinggi sesuai untuk rawatan penyakit kritikal. Produk ini kemudiannya kami jadikan sebagai salah satu rangkaian produk suplemen untuk pesakit Pso ini..
https://hellosehat.com/pusat-kesehatan/dermatologi/suplemen-omega-3-mengatasi-psoriasis/
https://hellosehat.com/hidup-sehat/nutrisi/fungsi-dan-manfaat-asam-lemak-jenuh/
https://www.medicalnewstoday.com/articles/322302.php#can-omega-3s-improve-psoriasis
1- PRODUK COMOR/SAPU:
a. Minyak kelapa dara
b. Minyak Sacha Inchi campuran
c. Aloe vera
d. Buah kederam (dari Kelantan)
Sesetengah orang mencadangkan bahawa minyak kelapa adalah rawatan alternatif yang sesuai untuk psoriasis. Walaupun penyelidikan saintifik yang sangat kecil mengesahkan keberkesanannya, ia mungkin mempunyai kesan menenangkan pada sesetengah orang dan selamat untuk dicuba.
Sebagai pelembap semulajadi, minyak kelapa mungkin membantu kulit mengekalkan kelembapan berikutan mandi. Ia juga mengandungi beberapa asid lemak yang beberapa kajian telah dikaitkan dengan kesan positif pada kulit.
a. lidah buaya dengan propolis, pendedahan cahaya matahari, dan minyak ikan, mungkin melegakan gejala dan ketidakselesaan dalam sesetengah kes.
LAIN-LAIN KAEDAH:
a) Minum air kelapa setiap waktu
Air kelapa mengandungi asid amino, enzim, mineral, dan asid lemak yang menjadikan air kelapa mempunyai osmolaritas tinggi. Selain itu, air kelapa juga mengandung natrium dan klorida yang rendah serta tinggi gula dan asid amino. Ini merupakan komposisi cairan yang seimbang pada minuman untuk mencegah dehidrasi.Kandungan enzim yang ada dalam air kelapa juga membantu sistem pencernaan dan metabolisme dalam tubuh. Air kelapa mengandung enzim biaktif alami, seperti asam fosfatase, katalase, dehidrogenase, diastase, peroksidase, RNA-polimerase, dan berbagai enzim lainnya. Dapat minum 3-5 biji seminggu sudah dikira bagus.
Kandungan elektrolit di dalamnya mampu menggantikan elektrolit yang hilang ketika bersukan. Air kelapa dibentuk dari proses alam dalam buah kelapa sehingga lebih sihat untuk diambil dibandingkan minuman lain yang dibuat oleh industri. Jadikan air kelapa sebagai minuman alternatif yang dapat menyihatkan tubuh dan elakkan sama sekali air tin berkarbonat yang dijual di pasaran.
Lain-lain yang perlu dielakkan:
1- Sebarang produk yang ada drugs/chemicals
2- Berhenti menggunakan pewangi ketiak
3- Berhenti menggunakan sabun mandi biasa sebaliknya menggunakan sabun mandi herba asli (home made)
4- Berhenti merokok
Kenapa harus di paksa? Pertama kerana tidak semua yang suka jogging pagi-pagi walaupun amalan ini amat baik untuk kesihatan badan. Kedua, dipaksa supaya elakkan tidur pada waktu pagi dan ketiga agar peluh keluar setiap pagi melalui amalan senaman pagi dan paling penting keempat, mendapat sumber Vitamin D secara natural dan cepat.
Apa itu Vitamin D dari Cahaya Matahari?
Vitamin D adalah salah satu daripada rawatan penting Psoriasis. Pesakit Pso kurang mendapat vitamin D dalam badan. Sebab itu doktor akan bagi pil Vitamin D. Namun untuk lebih murah, mudah, sihat, bertenaga dan ceria ada lagi cara lain yang boleh kita perolehi untuk dapatkan Vitamin D ini iaitu dengan beriadah (jogging/walking) di pagi hari antara jam 8 hingga 10 pagi kerana waktu ini matahari tengah naik. Jogging sebelah petang juga baik tapi sumber cahaya matahari petang (sunset) tak sama dengan pagi (sunrise).
Jogging atau walking di mana-mana taman yang mempunyai pancaran matahari langsung (sebaiknya 2.5km/hari) mempunyai kesan yang amat positif pada pesakit Pso kerana:
1- Perolehi sumber Vitamin D asli dari cahaya matahari
2- Kulit adakan keluarkan peluh yang merupakan toxin dalam badan
3- Dalam kes Aidil – pada peringkat awal – tiada peluh keluar kerana hampir semua kulit diselaputi dan menjadi tebal dan perlukan waktu yang agak lama untuk melihat peluh keluar
4- Jogging akan menyihatkan jantung dan organ-organ lain termasuk hati secara natural
Berikut adalah serba sedikit info tentang pancaran matahari dan Vitamin D yang boleh kita selidiki:
Ada sebab yang baik mengapa vitamin D dipanggil "vitamin cahaya matahari."
Apabila kulit anda terdedah kepada cahaya matahari, ia menjadikan vitamin D dari sumber kolesterol. Sinar ultraviolet B (UVB) matahari mengenai kolesterol dalam sel-sel kulit, memberikan tenaga untuk sintesis vitamin D berlaku.
Vitamin D mempunyai banyak peranan dalam tubuh dan penting untuk kesihatan optimum (2).
Sebagai contoh, ia mengarahkan sel-sel dalam usus untuk menyerap kalsium dan fosforus - dua mineral yang penting untuk mengekalkan tulang yang kuat dan sihat (3).
Sebaliknya, tahap vitamin D yang rendah telah dikaitkan dengan akibat kesihatan yang serius, termasuk:
• Osteoporosis
• Kanser
• Kemurungan
• Kelemahan otot
• Kematian
Di samping itu, hanya segelintir makanan yang mengandungi jumlah vitamin D.
Ini termasuk minyak ikan kod ikan, ikan todak, ikan salmon, tuna kalengan, hati lembu, kuning telur dan sardin. Yang berkata, anda perlu makan mereka hampir setiap hari untuk mendapatkan vitamin D.
Jika anda tidak mendapat cukup cahaya matahari, ia sering disyorkan untuk mengambil suplemen seperti minyak hati ikan kod. Satu sendok makan (14 gram) minyak hati ikan kod mengandungi lebih daripada tiga kali jumlah vitamin D (4) yang disyorkan.
Penting untuk diperhatikan bahawa sinar UVB matahari tidak boleh menembusi melalui tingkap. Jadi orang yang bekerja di sebelah tingkap cerah masih terdedah kepada kekurangan vitamin D.
The Institute of Medicine recommend an upper limit of 4,000 IU of vitamin D a day to prevent the risk of side effects.
https://www.healthline.com/nutrition/vitamin-d-from-sun#skin-color
https://www.healthline.com/nutrition/vitamin-d-from-sun#skin-color
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3356951/
https://www.medicalnewstoday.com/articles/314549.php#takeaway
Ada kajian yang mencadangkan agar selain dari pengambilan Vitamin D, VItamin B-12 dan Selenium.
Doktor dan saintis masih tidak dapat pastikan apakah yang suplemen yang terbaik untuk mengatasi masalah gejala psoriasis, tetapi penyelidikan sedang dijalankan.
Satu kajian review studymencadangkan bahawa suplemen minyak ikan menunjukkan hasil yang lebih baik untuk pesakit psoriasis jika dibandingkan dengan tiga suplemen lain: vitamin D, vitamin B-12, dan selenium.
Berberapa bahan semulajadi yang mungkin dapat membantu pesakit Pso seperti yang dicadangkan oleh National Psoriasis Foundation, termasuk:
• Vitamin D: Mengambil suplemen vitamin D boleh meningkatkan dan mengekalkan fungsi sistem imun, yang boleh memperbaiki gejala psoriasis, kerana ia adalah keadaan autoimun.
• Kunyit: Kunyit adalah akar tumbuhan anti-radang dan antioxidant. Mengambil suplemen kunyit oral boleh melegakan gejala psoriasis dan Flair-up untuk sesetengah orang.
• Anggur Oregon: Anggur Oregon boleh merawat gejala psoriasis yang ringan dan ringan apabila digunakan sebagai krim topikal. Ia juga boleh didapati sebagai suplemen mulut, tetapi orang harus bercakap dengan doktor sebelum mengambil anggur Oregon secara lisan.
Penyelesaian di rumah yang boleh membantu gejala luar psoriasis termasuk:
• Lidah Buaya
· Menggunakan aloe vera pada kulit boleh mengurangkan kemerahan dan penskalaan.
• Epal sider cuka - Menggunakan cuka sari apel pada kulit kepala boleh mengurangkan gatal-gatal. Menggunakan ubat ini harus dielakkan jika kulit kepala retak atau pendarahan, kerana ia boleh merengsakan kulit.
Terdapat sedikit penyelidikan yang komprehensif tentang keberkesanan suplemen untuk psoriasis, jadi perlu waspada terhadap sebarang produk yang membuat tuntutan besar dan luar biasa.
Masalah paling kritikal pesakit pso ini adalah aspek psikologi. Masyarkat belum memahami dengan jelas. Bila ke tempat awam seperti shopping mall, restoran termasuk menaiki pengangkutan awam seperti LRT, masyarakat akan memandang serong. Ada yang kata penyakit sopak, kena buatan, sihir, akibat bunuh binatang seperti katak, orang malah ada juga yang kata pesakit AIDS. Sabo je lah…
Justeru ada yang menjauhkan diri, ada yang menunjukkan memek muka yang jelek dan pelbagai lagi reaksi sehingga memberikan kesan teruk pada pesakit. Akhirnya pesakit akan mulai menghindari dan menyendiri. Lebih teruk bila waktu banyak dihabiskan dengan interaksi social seperti IG, tweeter, Fb dll. Ada aspek negatif di sini pagi pesakit Pso kerana mereka merasakan diri mereka serba kekurangan berbanding sahabatnya yang lain. Sokongan moral amat penting dalam aspek pemulihan kerana dengan berfikiran positif, penyakit Pso ini boleh dihadapi dengan baik.
Kesabaran sebenarnya bukan hanya perlu ada pada pesakit, tetapi juga pada yang menjaganya kerana kerenah orang sakit bukan mudah untuk dihadapi. Ini juga ujian berat kepada ahli keluarga.
Pendekatan agama:
1- baca al quran setiap waktu
2- solat hajat setiap waktu
3- minta bantuan dan doa, ‘air tawar’ ustaz-ustas dan orang2 alim
Sehebat mana kita merawat, sehebat mana ubat yang kita makan – kuasa penyembuhan bukan di tangan kita. Jadi berusaha, berikhtiar, berdoa dan bertawakkal perlu ada dalam jiwa. Setelah usaha yang tidak pernah putus, kita berdoalah dan akhirnya bertawakkal menyerah diri sepenuhnya kepadaNya.
Pengalaman dan pendedahan ini kami adunkan untuk memahami dengan jelas apa itu Psoriasis ini. Menjiwainya psoriasis ini perlu ada agar kita akan mudah menguasai cara merawatnya.
Yang pasti protocol kami rumuskan seperti di bawah:
1- Perubahan pada jadual harian.
2- Perubahan pada pola makan dan minum.
3- Kombinasikan produk-produk natural.
4- Tidak hanya bergantung pada 1 produk.
5- Rawatan natural tidak akan perolehi kesan cepat dan perlu masa yang sedikit lama.
6- Fokus kepada masalah akar/fundamental bukan hanya luaran terutama kulit.
7- Tidak hanya mendapatkan ubat menyelesaikan masalah simptom di kulit semata-mata,
8- Memotivasi dan berikan sokongan menyeluruh semua ahli keluarga.
9- Bergantung sepenuhnya pada Tuhan
Kesimpulan:
Pengubatan Aidil adalah cabaran pada kami. Tidak bermaksud di sini kami anti ubat drugs. Kepada mereka yang serasi dengan ubat drug silakan.
Lain: Petua-Petua Tradisonal:
1- Buah kederam – buah ini sudah amat jarang ada kerana banyak pokok sudah ditebang dan bijinya tidak tumbuh seperti pohon lainnya. Caranya bakar bijinya dan hancurkan lumat. Campurkan bersama minyak kelapa dara. Comor pada tempat yang ada Pso.
2- Bercakap sendiri dengan penyakit – kalau lihat secara santitifik, para pengkaji masih tidak dapat mendapatkan sebab utama kenapa badan membuat serangan kepada badan sendiri (kulit). Orang tua-tua mencadangkan agar bercakap sendiri dengan penyakit, merayu-rayu dan meminta untuk tidak lagi wujud dan pergi jauh-jauh.
3- Sentuh kulit setiap waktu – kulit yang berpenyakit disentuh dan dibelai setiap waktu bersama dengan sapuan minyak-minyak seperti minyak sacha inchi, minyak kelapa dara dan lain-lain.
4- Ibu/ayah yang merawat
Aturan, pemakanan, pengambilan herba dan makanan ini atau Protocol ini mungkin hanya sesuai untuk Aidil dan tidak sesuai untuk orang lain kerana sebagai Ibu Ayah kami lebih mengenali anak kami. Namun, aturan ini juga mungkin sesuai juga untuk pesakit lain dan boleh dicuba serta dikongsi oleh yang lain. Psoriasis bukan penyakit bahaya, tapi dia boleh membawa kepada kesan lain terutama aspek psokologi yang memburukkan lagi situasi. Kami yang hari-hari melihat pastinya dapat memahami betapa sukarnya untuk menempuh hari esoknya dengan fizikal kulit bertompok merah dan gatal.